Saturday, 1 December 2012

Promotion Collagen Powder Shaklee

Salam..
Sempena bulan December Shaklee dgn murah hatinyerrr membuat promosi yg membuatkan saya amat teruja. Produk yg menjadi kegilaan ramai xkira apa brandnyerr..
Janji Collagen pasti si Hawa akan tertarik..
Si Adam pun xkurang juga..cuma malu2 kucing sikit..hehehe
Ok utk semua visitor blog saya nie..
Saya nak bgtau PROMOTION yang payah untuk ditolak..
Beli 6 kotak Collagen Powder Shaklee FREE 1 KOTAK (RM298)

***Produk nie dah ramai yg consume dan terbukti keberkesanannya..
Macam cik Adik manis kita nie..

Sebelum tue..jom kita tengok macam mana Collagen Powder Shaklee nie bole membantu dalam mengoptimumkan KESIHATAN & KECANTIKAN ^___^
Meh tengok gambar nie..



Soooo..hampir seluruh anggota badan kita memerlukan kolagen.

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada, kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.
Fungsi Kolagen :

Menghasilkan asid amino penting seperti :
--->lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina       struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
--->hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.
--->alanin, prolin dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
--->arginin -memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
--->mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
--->melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
--->menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
--->menampung air dalam tubuh.
--->meningkatkan penyerapan kalsium.
--->menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
--->meningkatkan isyarat induksi
--->menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik


Bagaimana kolagen boleh berkurang???

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.


 Jom kita tengok pulak apa kandungan dan kelebihan COLLAGEN POWDER SHAKLEE



Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

* Berat molekul diukur dalam unit Dalton
Kod Produk
11000 (15 paket)


No comments: